Al-Habib Abdullah Ba’alawi Ibnul Ustadzul A’dzam
Beliau dikenali sebagai salah seorang ulama besar dan wali yang
kenamaan di masanya. Tentang karamahnya pernah diceritakan bahawasanya
pada suatu hari beliau melihat seorang minum Khamer di Mekkah. Beliau
memperingatkan orang itu agar berhenti dari perbuatan mungkarnya. Namun
peminum Khamer itu menjawab: “Aku adalah seorang penjahit, aku minum
Khamer ini agar membantu daya khayalku dalam menjahit”. Tanya beliau:
“Maka Allah memberimu kekayaan apakah anda akan mengulangi perbuatanmu
yang semacam ini?” Jawab peminum itu: “Tidak”. Mendengar ucapan orang
itu beliau segera mendoakan agar ia diberi kekayaan dan dibukakan jalan
untuk bertaubat. Berkat doa beliau orang itu bertaubat dan Allah pun
memberinya kekayaan yang berlimpah-limpah.
Sebahagian
riwayat mengatakan bahawa Ahmad bin Abdullah Ba’amir pernah bercerita:
“Aku pernah menitipkan wang beberapa Dirham kepada Muhammad Ba’ubaid.
Kebetulan rumah Muhammad Ba’ubaid terbakar dan hartaku pun ikut terbakar
sehingga aku sangat susah kerananya. Aku datang kepada guruku Sayid
Abdullah Ba’alawi untuk kuadukan persoalanku tersebut. Narnun beliau
tidak menanggapi persoalanku itu. Isterinya memohon pertolongan pada
beliau agar beliau mau menolong padaku. Beliau mengatakan sesuatu pada
pelayannya. Pelayan itu segera meninggalkan beliau. Tidak seberapa lama
ia datang dengan membawa sebuah kantung yang berisi wang Dirham.
Sekantung wang Dirham itu segera diserahkan padaku. Waktu kuperhatikan
seluruh wang Dirham yang ada dalam kantung itu ternyata adalah wangku
yang terbakar di rumah Muhammad Ba’ubaid”.
Diriwayatkan
bahawasanya ada serombongan kaum fakir yang lapar datang kepada beliau.
Beliau menyuruh pelayannya untuk pergi tempat penyimpanan kurma. lawab
pelayannya: “Tempat penyimpanan kurma itu telah habis isinya”. Beliau
tetap menyuruh pelayannya untuk pergi mengambil kurma dari tempat
tersebut. Narnun pelayan itu tetap menjawab seperti jawabannya semula.
Setelah itu beliau berkata: “Pergilah ke tempat penyimpanan kurma itu
nanti kamu akan mendapatkan kurma di tempat tersebut”. Waktu pelayan itu
pergi ke tempat penyimpanan kurma yang ditunjukkan oleh beliau ternyata
ia dapatkan kurma dalam tempat itu cukup untuk memberi makan sekelompok
kaum fakir yang berkumpul di rumah beliau. Bahkan setiap orang dari
mereka pulang dengan perut kenyang dan membawa sisa kurma yang masih
banyak itu ke rumahnya masing-masing.mendamaikannya dengan keluarga Bani
Ahmad yang mengancam untuk merosak ladangnya. Beliau segera menunggang
kudanya pergi ke tempat Bani Ahmad dan menganjurkan mereka untuk
mengurungkan niat mereka. Namun mereka menolak anjuran beliau. Untuk
merendahkan keterangan itu beliau berkata: “Ladang orang itu adalah
milikku jangan kamu berani mengganggunya kalau ingin selamat”. Kemudian
beliau pergi meninggalkan keluarga Bani Ahmad. Mendengar tentangan yang
sedemikian itu sebahagian orang tua dari keluarga Bani Ahmad berkata:
“Sebenarnya kamu telah mendengar apa yang diucapkan oleh Sayid Abdullah
dan aku takut kamu akan merasakan akibatnya jika kamu sampai berani
melaksanakan niat kamu, sebaiknya kamu kirimkan keldai kamu untuk makan
dari hasil ladang petani itu, jika ia selamat maka kamu boleh
melaksanakan niat kamu, namun jika ia terkena musibah maka kamu harus
meninggalkan niat kamu”. Usul baik itu diterima dan segera mereka
mengirirnkan keldai mereka untuk merosak tanaman dari ladang petani itu.
Waktu keldai mereka makan sebahagian dari tanaman yang ada dalam ladang
petani itu, dengan izin Allah keldai itu jatuh tersungkur mati seketika
itu juga. Sehingga mereka tidak jadi melaksanakan niat mereka.
Diriwayatkan
bahawa salah seorang murid beliau yang bernama Syeikh Muflih bin
Abdillah bin Fahd pernah menceritakan tentang pengalamannya dengan
beliau: “Di suatu tahun ketika aku akan berangkat ke Haji aku datang
pada Sayid Abdullah bin Alwi untuk minta izin dan minta bantuan wang
buat ongkos dalam perjalanan. Jawab beliau: “Apakah kamu mau menerimanya
di sini ataukah aku pesankan pada salah seorang kawan kami yang berada
di Mina untuk memberikan segala macam keperluanmu?” Jawabku: “Biar aku
minta di Mina saja”. Jawab beliau: “Jika kamu telah sampai di Mina
carilah si Fulan bin Fulan kelak ia akan memberikan segala apa yang kamu
minta”. Tepat setelah selesai menjalankan ibadat Haji waktu kami
tanyakan orang yang disebutkan oleh Sayid Abdullah itu, kami ditunjukkan
ke tempatnya oleh orang yang mengenalnya. Setelah bertemu dengan orang
yang kucari, aku terangkan apa yang dikatakan oleh Sayid Abdullah
padaku. Orang tersebut menanyakan padaku dimanakah beliau sekarang
berada?” Aku jawab: “Beliau kini sedang berada di kota Tarim
(Hadramaut)”. Orang itu hanya meniawab: “Kelmarin di hari Wuquf beliau
berkumpul dengan kami di Arafah sambil memakai pakaian ihram”. Kemudian
orang itu memberikan apa yang kuminta padanya. Waktu aku tiba di kota
Tarim beliau menyambut kedatanganku dari Haji sambil mengucapkan
selamat. Jawabku: “Aku ucapkan selamat pula bagimu, aku dengar dari
orang itu bahawa Sayid kelmarin berwuquf di Arafah juga”. Jawab beliau:
“Jangan kamu beritahukan pada seorangpun tentang kehadiranku di Arafah
selama aku masih hidup”.
Sayid Abdullah bin Alwi ini wafat di tahun 731 H, dalam usia sembilan puluh tiga tahun.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar